Monday, June 30, 2008

BULAN REJAB - 4 Julai ni

1.Sabda Nabi S.A.W:- Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu ...kemuliaan di Hari Kiamat. ( Al-Hadis)

2.Sabda Nabi S.A.W: Bulan Rejab bulan Allah,Bulan Syaaban bulanKu dan Bulan Ramadhan bulan umatKu.
...( Al-Hadis)
3.Kemuliaan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, Syaaban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan ...Lailatul-Qadarnya.

4.Malam awal rejab mustajab Do’a nya (Dalam kitab Roudhoh Imam Nawawi)

5.Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
...( Al-Hadis)
6.Puasa 3 hari pada bulan Rejab mendapat dijadikan parit yang panjang yang menghalang dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan) ( Al-Hadis)

7.Puasa 4 hari pada Bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal di Hari Kiamat. ( Al-Hadis)

8.Puasa 5 hari pada bulan Rejab aman dari azab kubur, Puasa 6 hari pada bulan Rejab keluar dari kubur bercahaya mukanya.

9.Puasa 7 hari pada bulan Rejab ditutup daripadanya 7 pintu Neraka.

10.Puasa 8 hari pada bulan Rejab dibuka baginya 8 pintu Syurga.

11.Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu menyeru ‘Lailahaillallah’ tidak ditolak dia dari memasuki Syurga.

12.Puasa 10 hari pada bulan Rejab , Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu.

13.Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam Syurga , dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam Syurga.

14.Puasa 19 hari pada bulan Rejab dibina baginya sebuah mahligai dihadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

15.Puasa 20 hari pada bulan Rejab diampunkan segala dosanya yang telah lalu, Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripada umurnya (Pembaharuan Umur)

16.Berkata Saidina Ali:- · Puasa rejab 13 hari seperti puasa 3000 tahun. · Puasa rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun. · Puasa rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

17.Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.

18.Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari Syurga.

19.Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titi Sirotolmustaqim di hari Qiamat.

20.Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya; Berseru dari langit :- Bergmbiralah kamu dengan kemulian yang besar ; dan diminumkan dia ketika hendak mati.Mati dengan puasa, masuk kubur dengan puasa , keluar kubur dengan puasa , dan masuk Syurga dengan puasa (Al-Hadis), lepas azab kubur (Al-Hadis) – Berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malamnya)

21. Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa bulan Rejab wajib baginya:- a.diampunkan dosanya yang lalu. b.dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal. c.terlepas dari dahaga di hari Qiamat.

22.Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

23.Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang- kurangnya sebiji roti.

24.Siapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan.

25.Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti Ibadat seribu Haji dan Umrah.Dibina seribu Mahligai , seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali, kerana keistimewaan bulan Rejab, bulan Allah.

26.Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka, kerana kemuliaan bulan Rejab, bulan Allah.

27.Allah jadikan dibelakang bukit Jabal Qaf bumi yang putih yang penuh dengan malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap-tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka untuk Umat Muhammad S.A.W.Allah menjawab : Telah aku ampunkan mereka!.

28.Barangsiapa meminta ampun (beristigfar) kepada Allah pada pagi dan petang 70 kali atau 100 kali pada bulan Rejab , diharamkan tubuhnya daripada api neraka.

29.Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya, " Telah wajib hak mu atasKu maka mintalah oleh mu kepada Ku " " Demi ketinggianKu dan KebesaranKu , tiada aku tolak kan hajat mu . Engkau adalah jiran Ku dibawah ‘arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala maklukKU, engkau terlebih mulia atasKU, Sukakanlahkamu, tiada dinding antaraKu dan antara engkau" – (Dari kitab Raudhatul Ifkar) – Al-Hadis.

30.Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa 60 bulan pahala nya.Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun kerana kebesaran hari Israk-Mikraj. ---( Al-Hadis)

31.Sesiapa yang melapangkan kekeruhan,kesusahan,kepicikan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam Syurga Firdaus. --- (Al-Hadis)

32.Sesiapa yang berpuasa 3 hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa 3000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajat di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran di naikkan kelangit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di MIzan, 70 hajat ketika berlalu di Titi Sirotolmustaqim.

33.Rejab ertinya ta'zim (Kebesaran, keagungan, kemuliaan).........dengan kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab maka Allah dengan limpahkan RahmatNya, kemurahanNya dan KebajikanNya kepada hamba-hambanya yang beriman dan beramal pada bulan Rejab dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah peri keistimewaanya keagungan bulan Rejab itu yang di namakan ia dengan Syahrullah (Bulan Allah).

34.Rejab bulan menabur benih.Sya'ban bulan menyiram tanaman.Ramadhan bulan menuai.

35.Rejab menyucikan badannya. Sya'ban menyucikan hatinya.Ramadhan menyucikan rohnya.

36.Rejab bulan maghifirah (keampunan). Sya'ban bulan syafaat. Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.

37.Rejab bulan taubat. Sya'ban bulan muhibbah. Ramadhan dilimpahi pahala amalan yang banyak.

38.Rejab diganda 70 pahala.Sya'ban diganda 700 pahala. Ramadhan diganda 1000 pahala.

No comments:

Daisypath Anniversary Years Ticker
 
Blog Design by Ammupappa