tersentuh hati bace paper harini.. baby 4 bulan Abrahaem Noah meninggal tercekik susu.. kiutnyee arwah tu.. semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman dan diberikan kekuatan kepada ibu dan ayahnya untuk menhadapi dugaan yang berat ini..
secara tak langsung, insiden ini menambahkan lagi ketidakpercayaan ibu bapa pada nursery.. aku sendiri personally kurangg bersetuju utk mengantar anak2 aku ke nursery or rumah jagaan orang... biarlah aku menjaganya sendiri.. berkorban utk keluarga.. namun ramai mane ibu2 yang sanggup mengorbankan kerjaya masing2 demi keselamatan anak2... bukan nya semua tk elok tapi malang tak berbau... bila perkara sudah jadi... tiada guna utk menyesal...
ini ada satu artikel yang aku jumpe semasa surf intenet..amat berguna utk ibu bapa/bakal ibu bapa....kadangg2 kelalaian kita juga boleh membawa padah...
MEMBIARKAN bayi menghisap botol susu sambil tidur atau berbaring boleh membahayakan dan tidak sepatutnya diamalkan apatah lagi tanpa pengawasan ibu bapa atau mereka yang lebih dewasa.Perbuatan itu patut dielakkan kerana susu yang mengalir keluar ke dalam mulut bayi akan tersekat pada saluran pernafasan dan menyebabkan bayi lemas. Lebih malang, ia boleh menyebabkan maut apabila pernafasan bayi tersekat.
Beberapa kes membabitkan kematian bayi akibat menghisap botol susu sambil tidur atau berbaring menunjukkan bayi boleh meninggal dunia kerana lemas. Kes terbaru berlaku di Kota Bharu di mana seorang bayi yang berusia satu bulan meninggal dunia disebabkan perkara sama.Di Kuantan, kejadian sama turut menimpa Mohamed Hakimi Zulkifli, sebulan, ditemui meninggal dunia awal tahun ini di taskanya akibat minum susu ketika tidur. Beberapa minggu selepas itu, di Johor Bahru, seorang bapa tidak menyangka bayinya yang berusia empat bulan meninggal selepas diberikan susu sebelum tidur meniarap.Dalam kejadian terbaru, seorang lagi bayi perempuan berusia tiga bulan 16 hari meninggal dunia disebabkan lemas ketika minum susu yang diberi ibunya di kediaman mereka di Balok.
Merujuk kepada kekerapan berlakunya kes kematian seumpama ini, Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia, Prof Dr Zulkifli Ismail menasihatkan ibu bapa agar tidak memandang remeh keselamatan bayi sama ada ketika menidurkan dan menyusukan bayi.¡°Kes kematian akibat menyusu ketika tidur bukan disebabkan tersedak susu, tetapi kerana bayi lemas dan tidak dapat bernafas. Jarang bayi normal yang sudah berusia lebih sebulan boleh meninggal dunia hanya kerana tersedak susu semata-mata.
Kecuali jika bayi berkenaan mengalami masalah lain seperti penyakit paru-paru atau jantung.¡°Apa yang sebenarnya berlaku sehingga menyebabkan kematian ialah apabila bayi tertidur, susu masih keluar, tetapi masuk ke dalam saluran pernafasan dan paru-paru menyebabkan bayi tidak boleh lagi bernafas seterusnya meninggal dunia,¡± katanya.Beliau juga menasihatkan ibu bapa agar menyusukan bayi dengan cara betul bagi memastikan bayi mereka selamat. Perbuatan meletakkan botol susu beralas bantal di atas dada bayi seperti yang biasa diamalkan oleh ibu bapa juga boleh mendatangkan bahaya.¡
°Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.¡°Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi. Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi. Dukung bayi dalam keadaan kepala lebih tinggi daripada perut. Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin,¡± katanya.Beliau berkata, selain menyebabkan bayi tersedak, menyusu bayi sambil tidur juga sebenarnya boleh mendatangkan kesan lain seperti merosakkan gusi dan gigi yang baru tumbuh.
Ia juga boleh menjadi antara punca berlaku jangkitan dalam telinga yang dikenali sebagai otitis media.Bayi yang meninggal ketika tidur juga pula boleh dikategorikan sebagai sindrom kematian mengejut di kalangan bayi. Bagaimanapun, sindrom ini jarang berlaku di negara sebelah Asia berbanding di Barat.¡°Menidurkan bayi secara meniarap boleh menyebabkan bayi lemas dan akhirnya meninggal dunia secara tiba-tiba.
Kematian akibat lemas ketika tidur juga boleh disebabkan oleh ibu bapa yang merokok di dalam rumah. Oleh itu, bagi mencegah kematian ketika tidur, pastikan ciri keselamatan diambil kira dengan tidak membiarkan bayi tidur meniarap di mana bahagian muka dan hidungnya tertutup dengan bantal,¡± katanya.
FAKTA
Bagaimana hendak memegang bayi ketika menyusu
*Cara memegang bayi dan botol susu boleh memberi kesan kepada jumlah susu yang anda hasilkan, berapa banyak bayi dapat menyusu, bagaimana dia menghisap dan keadaan puting.
*Duduk di atas kerusi atau katil. Pastikan anda boleh menyandarkan belakang anda.
*Sokong kepala bayi dengan lengan, manakala muka bayi menghadap ke hadapan anda.
*Letakkan kepala bayi, tubuh dan kaki dalam keadaan lurus, kepala bayi diangkat tinggi sedikit.
*Gunakan bantal atau silangkan kaki anda untuk menaikkan kepala bayi ke payu dara atau botol susu.
*Bayi seharusnya menghisap seluruh bahagian kawasan puting.
Cara untuk sendawakan bayi:
Tepuk secara lembut di bahagian belakang bayi dengan cara:
*Pangku bayi di atas bahu anda (kedudukan ini paling baik untuk bayi yang masih kecil).
*Atau tiarapkan bayi di atas ribaan anda.
*Atau dudukkan bayi di atas riba, letakkannya ke hadapan sedikit. Jika masih kecil, sokong kepalanya dengan memegang bahagian dagunya.