Sunday, March 13, 2011

Queen Of Langkasuka

sangat lame tidak mengapdet .. ngeee bz gn kenduri kendara... oh selepas ni akan update gambar2 dan cerite our trip to Desaru, Johor.. but first .. this entry i want to review a movie that i've been looking for 2 years..  ngee hebat kan hehe aku tgh pantang time movie ni masuk panggung da.. citer ni dh lame.. 2008 release kat siam.. then 2009 baru masuk mesia... cari punye cari punye cari 2 hari lepas baru berjaya mendonlod ! ngee sangat sangat suke.. owh lupe nk cakap.. titlenye adalah Queen Of Langkasuka :) bes kan tajuknyeee ngeee ok meh aku citerkan ... bg yg tk suke tuu bace jugak.. ngeee aku memang sukee epik mcm nie sbb i looooveeeeeeeeeeeeeeeeeee history :)

Seriously, masa tengok Queen Of Langkasuka ni, tertanya tanya diri aku apsal kita tak boleh buat filem macam ni. Negara kita sendiri banyak sejarah sejarah yang hebat. Tapi yang balik balik masuk movie cerita Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang. Tak boleh ke kita filem berdasarkan sejarah epik yang lain? Si Bongkok Tanjung Puteri ke, Melaka Diserang Portugis ke, Perang Johor Belanda ke, Perang Naning ke?? Ni filem balik balik pasal cinta, rempit dan lumba haram, hantu dan pontinak yang tak seram dan lawak yang sampah. Tak maju langsung.. :p maybe Merong boleh memberikan sesuatu nafas baru kepada industri.. belom tgk lagi so tkleh nk komen ngeee :p


Menceritakan pasal Queen of Langkasuka, Permaisuri Hijau yang memegang takhta dan menerima ancam dari Putera Rawi yang cuba merampas tahkta. Putera Rawi ni meng"ally"kan diri dia dengan lanun-lanun Laut Cina Selatan (siap ada lanun jawa lanun jepun lanun arab semua ade) yang di ketuai oleh Black Raven (Gagak Hitam..ahahha) untuk menyerang Langkasuka. Untuk mengukuhkan pertahanan Langkasuka, Permaisuri Hijau telah order dua bijik meriam dari Belanda. Malangnya kapal yang tengah deliver meriam ni diserang oleh lanun-lanun Gagak Hitam dan menyebabkan meriam-meriam ini tenggelam dalam laut


Puteri Hijau the Queen :)

so utk Operation Carik Protege Belanda ni dia hantar Puteri Biru dan Puteri Ungu dan hulubalang dia Laksamana Aring ke sebuah Kampung Dayak Laut. Operasi ni gagal yang dimana Puetri Biru dan juga protege Belanda ni (seorang chinese bernama Lee Kiam) telah ditangkap oleh geng-geng Gagak Hitam. Pada masa yang sama ada seorang mamat Dayak Laut bernama Pari telah hangin satu badan pasal kampung dia kene raid dengan geng-geng Gagak Hitam dan juga bini dia kene rogol dan bunuh. So dia pun pergi HQ lanun tu utk revenge. Lepastu si Pari ni bergabung dengan kerajaan Langkasuka, bawak mamat Cino Lee Kiam, bina meriam baru dan terus mengalahkan Putera Rawi dan lanun lanun Gagak Hitam. Happy ending!


Paree the hero.. ensem dowh :)

kesimpulannye...enjoy Ini bukan cerita baru pun. Dengan heavy prop yang tidak hanya terkongkong dengan set dan prop culture Siam tetapi ada juga culture lain seperti Arab, jepun dan Cino. Siap buat set istana, kampung dayak laut, kapal, kota bertembok dan juga gua tempat bertapa. Yang paling impress adalah filem tu cuba menunjukkan bahawa Langkasuka adalah sebuah kerajaan Melayu. Semua pakaian pembesar dan hulubalang adalah baju melayu. Siap ada tengkolok lagi. Tak dilupakan senjata yang dipakai: keris ! Main story dalam cerita ni adalah pasal meriam. Aku google dan dapat tahu bahawa meriam terbesar kat Asia Tenggara orang Melayu yang buat.... :) tk kisahla orang kate citer ni dh lame ke ape...tp aku dh lame cari ... sngt puas dpt tgk :)

No comments:

Daisypath Anniversary Years Ticker
 
Blog Design by Ammupappa