hmm..blog walking n terjumpe blog nie.. coretannye simple but best n meaningful...
" Untuk sesiapa yang masih mencari pasangan, pilihlah yang mencintai kita dan berusaha menunjukkan rasa cinta terhadap kita.
Asalkan impian, niat, harapan dan doa kita mahukan pasangan yang terbaik untuk kita, insyallah kalau tak hari ini pasti suatu hari Allah menjodohkan kita dengan pasangan yang sesuai.

Mencintai pasangan kita memang mudah. Mudahnya mencintai renungan matanya, mencintai lengguk bentuk tubuhnya, mencintai lemak suaranya, mencintai gurau sendanya,mencintai cara dia berfikir, mencintainya kerana ilmu agama dan kewarakannya, mencintai kebolehannya, mencintai jiwa seninya dan mencintai keberadaannya di sisi kita dan mencintainya kerana itulah cinta kita dan itulah jodoh kita.
Namun tidak mudah untuk setiap pasangan itu menunjukkan rasa cinta yang sebenar terhadap pasangan mereka.
Setelah ijab kabul dilafaz, dan DEMI CINTA berapa ramai di antara suami isteri yang
- begitu menyanjung pasangannya
- sentiasa mengeluarkan kata-kata lembut untuk menjaga perasaan pasangannya
- selalu memuji-muji pasangannya.
- tidak pernah mengeji pasangannya
- tidak akan merendah-rendahkan pasangannya
- selalu menghormati pasangannya
- sentiasa menghargai pasanganya walaupun ia serba kekurangan
- tidak pernah mencemuh segala kekurangan pasangannya
-sangat berbangga atas kelebihan yang dimiliki pasangannya
- sentiasa sedar tanggungjawab dan melaksanakannya demi mencintai pasangannya
- tidak gemar berbalah dengan pasangannya
- yang sentiasa berusaha membuang sifat-sifat negatif dalam diri dan menjadi terbaik untuk pasangannya
- yang mudah menerima teguran dan sanggup menlenyapkan ego
- tidak lupa mengucapkan terima kasih atas segala pemberian dan layanan
- bermurah hati berbelanja untuk menyenangkan hati pasangannya
-berkorban wang dan tenaga demi cinta terhadap pasangannya
BERAPA RAMAI?

Dan kejayaan dan kebahagiaan bersama pasangan kita sangat subjektif. Ada setengah pasangan sudah cukup bahagia walau isteri tidak pernah menghidangkan makanan apatah lagi memasak makanan untuknya, mencuci dan meyediakan pakaiannya, hanya kerana dia memahami yang isterinya terpaksa bekerja untuk meringankan bebannya menanggung keluarga.
Begitu juga ada setengah isteri sudah cukup bahagia walau suami tidak pernah mengeluarkan perbelanjaan untuk keluarga hanya kerana suaminya sangat rajin membantunya membuat kerja-kerja di rumah.
Sekalipun kita tidak tahu dan mengenali pasangan secara mendalam, hinggalah setelah kita mengahwininya dan tinggal sebumbungnya dengan namun sebelum berkahwin kita tetap harus memilih apa yang kita rasa terbaik untuk kita.
Apakah yang boleh kita harapkan lagi terhadap pasangan selepas berkahwin, kalau sebelum berkahwin pun sudah jelas ciri-ciri negatif seperti yang saya sebut di atas itu. Tak tahulah kalau ramai di antara kita yang cukup sabar menunggu pasanganya akan berubah, yang cukup kuat menahan hati dan menelan perasaan di sakiti.
Yang cukup redha sekalipun tidak pernah menerima bahkan hanya memberi. Yang cukup bersyukur sekalipun tidak sedikitpun di hargai.
Bagi yang sudah tercebur ke alam rumahtangga bersama pasangan yang tidak seperti di harapkan. Kesabaran dan daya ketahanan perlu ada. Insyallah asalkan anda kuat bertahan, itulah jodoh anda sampai mati."
No comments:
Post a Comment