Saturday, March 28, 2009

crazy frog

gntuknyeeee
boringg..sume orang tkder kt umah..
lang ade exm MTEST... nk jadi cikgii.... gud luck hahahha
huby n adik pegi site ... harini ade orang kerja.. hm bila laa nk siap futsal nie eh.. dh tk sabar nk tendang2 bola nieh hahahah
umi pegi pasar carikan kepek binjai utk bawak balik ke bangi harinie... beselaaa nk bg kt besan.. mak bangi suke makan kepek nie.. petang semalam dh pegi carik tp abish....

saspen jugak nk balik driving jauh2 nie.. mklom le mak buyung .. arap2 tk terberanak tengah jalan laaa hihihih... ni pon tk tahu nk gerak pukul wape... hari ni nk balik.. harini laa baru nk g sebis kete la itu la ini laa.. hmm suke wat kije las menet... kalo tk disebabkan aku dh tkleh naik fllight.. ( sebab limit terbang is 34 weeks..) tkdernye menyusahkan diri dribing huuhuhuh....

ok lee lain kali la pulak sambung.. tidoo pon sodapp nie... nti pandai2 laa derang masuk... wahahahahha

cau cin cauuuuuuu

Saturday, March 21, 2009

kaedah caesarean - dulu dan kini

kaedah caesarean dahulu...

- digunakan apabila keadaan rumit berlaku pada ibu atau bayi, yang menimbulkan risiko tertentu.

untuk ibu :
- kelahiran tidak dapat dicetuskan ( induce) lagi
- ibu mengidap penyakit teruk yang menjejaskan bayi
- mase pelahiran ( labour ) terlalu panjang kerana bayi terlalu besar
- ibu mempunyai rangka pelvis yang sempit.

untuk bayi :
- kadar denyutan jantung bayi menjadi cepat atau perlahan secara berterusan
- bayi tidak berada dalam posisi di mana kepalanya menghala ke bawah apabila menjelang tarikh kelahiran.
- bayi menghadapi risiko akibat masalah dengan tali pusatnya.

kaedah caesarean sekarang...

kini sesetengah ibu terpengaruh tentang kata2 kesusahan kelahiran.
- kebanyakannya takut untk mengalami sendiri kesakitan dan kesusahan bersalin.
- namun begitu bayi caesarean mungkin lebih mudah menghidapi alergi, asma dan jangkiran gastrousus.
- ini adalah kerana mereka tidak dilahirkan melalui proses semulajadi yang mendedahkan mereka kepada bakteria bermanfaat untuk menggalakkan rangksangan awal dalam sistem imun mereka.

SEBALIKNYA BAYI YANG DILAHIRKAN MELALUI PROSES BIASA DAPAT BERSENTUHAN DENGAN BAKTERIA BAIK IBUNYA. INI AKAN MENCETUSKAN PENYEBARAN BAKTERIA BERMANFAAT DALAM USUS BAYI, DI MANA 80% DARIPADA SISTEM IMUNNYA DI TEMPATKAN.

- semakin banyak bakteria bermanfaat, semakin awal sistem imunmya dapat dirangsang dan dilatih untuk menjadi kukuh.


-pama april 09 -

Saturday, March 14, 2009

teka teki lekuk

jeng jeng jeng.. sape pandai... bhgian mane kah yang aku scan nie? sape betol bg sposenggg hehehehe

Sunday, March 8, 2009

demam upin ipin


hehehe sekarang satu negara dh kene wabak upin ipin ni .. gn aku2 sekali gilakan 2 budak botak tu..hahaha dulu aku tkla amik pot sangat pasal citer nie.. sebab dh set in mind- ala katon mesia.. apala sngt... ala2 keluang man wat pening kepala je tengok.. tp last 2 weeks aku ajak jugak husband pegi tgk citer geng kt wayang sebab sana sini heboh cm bombastik sangt... nk gak tgk .. hahah memang tk rugi laa.. best.. kelakar.. story value ade.. animasi ok... boleh laaaaaaa........ betul betul betul.. hihiihih ni saje aku letak bidio si akim tu ajuk citer ipin.. selamat pagii cikgguuuu hahaha.. layanzz jelaa penawar injap jantung aku nie....








utk cik adah n cik pg melepasskn rinduuuu...........

Monday, March 2, 2009

Air selusuh...

Musti ramai yang tertanya2 sejauh mane keberkesanan penggunaan air selusuh dan akar fatimah untuk mempercepatkan proses kelahiran ( termasuklee aku ).. betul2 berkesan ke..? toksu bidan kampung aku haritu dah bgtau aku siap2.. nti dekat2 nk bersalin dtg umah dia, dia nk buatkan minyak selusuh..siap kene bawak telur, myak kelapa tanak la ape la.. telur 7 biji.. eii yarkhh makan telur mentah tknak laa aku.. kebetulan PAMA bulan ni mengutarakan isu yang sama... sooo aku share kan disini utk info bersama.. enjoyyyyyy........

Pada zaman dahulu selusuh digunakan sebagai stu ikhtiar yang berpandukan al quran dan hadith, dr segi hukum selusuh adalah harus. tiada salahnya menggunakan selusuh ketika mengahdapi saat kelahiran asalkan tiada bacaaan mengarut yang bercanggah.
Walaubagaimanapun, kita tidak boleh menganggap selusuh mempunyai kuasa untuk mempermudahkan bersalin.. ianya hanya satu ikhtiar..

Terdapat pelbagai bahan yang digunakan untuk membuat selusuh sama ada air, minyak, kurma @ kismis.. jika guna air, sebaiknya adalah air zam zam. Antara minyak yang digunakan ialah minyak kelapa muda yg dibuat sendiri, minyak zaitun atau minyak masak biasa. Kalau pilih kurma @ kismis pula, pastikan bilangannya adalah ganjil 1,3,5,7. Di nasihatkan banyakkan doa Nabi Yunus..

--- more details.. Majalah PAMA bulan nie....

Sunday, March 1, 2009

Kenali masalah pedih ulu hati

Kebanyakan wanita akan mengalami masalah ini semasa hamil!. Itulah hakikatnya yang perlu mana2 wanita terima..termasuklee aku..

Rasa sakit, pijar atau pedih ulu hati adalah simptom biasa yang di alami sepanang tempoh kehamilan..Puncanya adalah peningkatan hormon kehamilan yg menyebabkan otot SFINKER ESOFOGUS bawah ( LES ) mengendur lalu membenarkan kandungan perut mengalir kembali ke saluran pemakanan. Pulak tu tekanan di dalam abdomen yang bertambah seiring perkembangan baby turut menyebabkan kandungan perut mudah mengalir kembali ke esofogus.

kebiasaannya, kita akan berasa pedih di bahagian atas dada, kadangkala merebak hingga ke leher ) , perut tidak selesa, sukar menelan, berasa pahit atau asid di dalam mulut...

Cara mngelak:
1. elak makan makanan yang boleh menimbulkan masalah ni spt coklat, buahan sitrus, tomato & produk berasaskan tomato, cuka, produk mengandungi pudina, berempah, banyak bahan perasa, bergoreng dan berlemak.
2.hindari minuman mengandungi kafein spt KOPI , TEH, KOLA & ALKOHOL . ini boleh menyebabkan LES berehat dan membenarkan asid mengalir kembali ke esofogus.
3.jgn makan dlm jumlah yang banyak sekaligus.. makan sikit tp kerap
4. kunyah makanan dgn perlahan
5. minum air gn cukup (( 8-10 ) gelas sehari. TAPI jgn banyak minum mase makan... nti cecair banyak masuk lm perut beri tekanan pada LES.
6. lakukan senaman ringan spt berjalan kaki utk penghadaman yang baik.
7. elakkan berbaring atau tido dlm tempoh 2 jam selepas makan.

- banyak lagi tips2 dlm majalah pama bulan ni ...
Daisypath Anniversary Years Ticker
 
Blog Design by Ammupappa