Kebanyakan wanita akan mengalami masalah ini semasa hamil!. Itulah hakikatnya yang perlu mana2 wanita terima..termasuklee aku..
Rasa sakit, pijar atau pedih ulu hati adalah simptom biasa yang di alami sepanang tempoh kehamilan..Puncanya adalah peningkatan hormon kehamilan yg menyebabkan otot SFINKER ESOFOGUS bawah ( LES ) mengendur lalu membenarkan kandungan perut mengalir kembali ke saluran pemakanan. Pulak tu tekanan di dalam abdomen yang bertambah seiring perkembangan baby turut menyebabkan kandungan perut mudah mengalir kembali ke esofogus.
kebiasaannya, kita akan berasa pedih di bahagian atas dada, kadangkala merebak hingga ke leher ) , perut tidak selesa, sukar menelan, berasa pahit atau asid di dalam mulut...
Cara mngelak:
1. elak makan makanan yang boleh menimbulkan masalah ni spt coklat, buahan sitrus, tomato & produk berasaskan tomato, cuka, produk mengandungi pudina, berempah, banyak bahan perasa, bergoreng dan berlemak.
2.hindari minuman mengandungi kafein spt KOPI , TEH, KOLA & ALKOHOL . ini boleh menyebabkan LES berehat dan membenarkan asid mengalir kembali ke esofogus.
3.jgn makan dlm jumlah yang banyak sekaligus.. makan sikit tp kerap
4. kunyah makanan dgn perlahan
5. minum air gn cukup (( 8-10 ) gelas sehari. TAPI jgn banyak minum mase makan... nti cecair banyak masuk lm perut beri tekanan pada LES.
6. lakukan senaman ringan spt berjalan kaki utk penghadaman yang baik.
7. elakkan berbaring atau tido dlm tempoh 2 jam selepas makan.
- banyak lagi tips2 dlm majalah pama bulan ni ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
cukalah kegemaran aku...hehe
good info...
Post a Comment